4 Tahun Cuba Hamilkan Isteri Rupanya Suami Salah Masuk

4 Tahun Cuba Hamilkan Isteri Rupanya Suami Salah Masuk

Pasangan suami isteri yang masih kebingungan kerana sudah berusaha selama empat tahun untuk mendapatkan cahaya mata akhirnya berjaya mendapatkan jawapan apabila doktor menjelaskan si suami tersilap ‘pintu masuk’ selama tempoh itu.

Pasangan suami isteri itu yang masing-masing berusia 26 tahun dan 25 tahun dari Bijie, China itu mengambil keputusan untuk bertemu dengan doktor pada awal tahun ini untuk menjalani pemeriksaan jika mereka mempunyai masalah untuk mendapatkan zuriat.

Pakar Obstetrik, Dr Liu Hongmei yang menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap pasangan itu terkejut apabila si suami menjelaskan cara mereka melakukan persetubuhan.

Menurut si suami, mereka selalu mengadakan hubungan seks dan isterinya juga mengalami kesakitan yang luar biasa setiap kali mereka bersama. Namun begitu, dia sanggup menahannya dengan harapan dapat hamil.

Berdasarkan penjelasan pasangan itu, doktor itu yang pada awalnya percaya si isteri berkemungkinan mempunyai sejenis penyakit ginekologi. Namun selepas menjalani pemeriksaan, ternyata si isteri masih dara.

Doktor kemudian memeriksa dubur wanita itu dan yakin permasalahan pasangan itu terjawab di mana selama ini si suami tersilap ‘pintu masuk’ dan lebih mengejutkan kesilapan itu diulangi setiap kali persetubuhan selama empat tahun.

4 Tahun Cuba Hamilkan Isteri Rupanya Suami Salah Masuk

“Pasangan ini sangat muda. Mereka sihat, sudah empat tahun berkahwin tetapi tidak dapat mengandung dan disebabkan itu keluarga mereka banyak memberikan tekanan,” kata doktor.

Dr. Hongmei kemudian menyerahkan buku panduan seks kepada pasangan itu sebelum membenarkan mereka pulang ke rumah.

Beberapa selepas itu, wanita itu dikhabarkan telah hamil. Gembira dengan perkhabaran itu, pasangan berkenaan telah menghantar 100 biji telur ayam dan seekor ayam hidup kepada doktor berkenaan yang kini telah bersara, sebagai hadiaah kepada hospital tempat kerjanya dulu.


Ia mungkin agak kelakar tetapi ini adalah perkara yang sebenarnya berlaku dalam hidup masyarakan.

Jangankan hubungan intim berpasangan, anatomi tubuh sendiri pun mungkin masih ramai wanita yang kurang jelas.

Jika kaum wanita pun masih kurang memahami tubuh sendiri, sebahagian lelaki apatah lagi?

Contohnya, tempat keluar air kencing (urin).

Masih ramai wanita beranggapan, air kencing dan darah haid keluar pada lubang yang sama.

Sebenarnya begini.

Air kencing keluar melalui saluran kencing. Begitu juga dengan ‘air wangi/air syahwat/air pancut’, ia keluar melalui lubang kencing.

Manakala darah haid, nifas dan lendir pelincir (lubricant) keluar melalui lubang vagina.

Lihat gambarajah dengan jelas di sini :

4 Tahun Cuba Hamilkan Isteri Rupanya Suami Salah Masuk