Kuantiti dan Kualiti Dalam Hubungan Berpasangan

  • Umum
  • 5 min read

Kuantiti dan Kualiti Dalam Hubungan Berpasangan

Kuantiti dan Kualiti Dalam Hubungan Berpasangan

Dalam hubungan berpasangan, kita biasa dengar :

“Lelaki nak kuantiti dan wanita nak kualiti.”

Kenyataan ini benar, tidak salah, cuma ia kurang tepat.

Sebenarnya, lelaki dan wanita perlukan kedua-duanya secara seimbang.

Lelaki dan wanita, sama-sama memerlukan kuantiti dan kualiti.

Sejauh mana keperluan dan keseimbangan itu, ia akan berbeza untuk setiap individu.

Yang kita perlu fahamkan terima dahulu ialah, keduanya saling memerlukan dan berkehendak atas perkara yang sama cuma tidak sentiasa serupa.

Perlu saling faham bahawa kualiti dan kuantiti saling sama diinginkan.

Kenapa lelaki terlihat fokus kepada kuantiti?

Kerana secara luar sedar, lelaki ‘tercari-cari kualiti untuk capai tahap kepuasan mereka sendiri’.

Lelaki makhluk logik, lebih kepada otak dan akal.

Kenapa wanita nampak lebih menjurus kepada kualiti?

Kerana secara luar sedar, wanita ‘secara umum menjumpai kepuasan mereka melalui kualiti’.

Wanita makluk emosi, lebih kepada emosi dan perasaan.

“Hubungan seksual adalah tentang keseluruhan perkara dalam hubungan antara berlainan jantina.”

Ia fizikal, mental dan emosi.

Kepuasan akan lebih lengkap apabila semua faktor berjaya dipenuhi.

Mental biasanya paling kurang diberi perhatian oleh keduanya. Jadi, kita asingkan dahulu faktor ini untuk penilaian seterusnya.

Lelaki lebih fokus kepada fizikal dan terlepas faktor emosi.

Wanita lebih fokus kepada emosi dan terlepas faktor fizikal.

Seharusnya saling melengkapi, sebagaimana alat kelamin dijadikan berbeza untuk saling melengkapi. Akan tetapi tanpa sedar, ia bertukar menjadi sama-sama saling mementingkan diri.

Apabila lelaki beri peluang kepada diri sendiri untuk merasakan emosi sendiri. Dan wanita mendapat peluang secukupnya untuk menerima faktor fizikal.

Ditambah lagi faktor mental diberi sedikit ruang, maka keduanya akan mendapat kepuasan yang optimum.

Ia akan memberikan pengalaman yang berbeza pada setiap kali berinteraksi dan berhubungan.

Benarkan ini berlaku (pengalaman berbeza setiap kali), maka hubungan cinta dan kasih sayang akan menjadi lebih kuat dan erat.

Sebagai makhluk biologi, manusia terbina dengan keperluan hubungan fizikal untuk ‘menjaga kemandirian spesis’.

Cinta dan kasih sayang ini adalah proses untuk mendapatkan dan memenuhi keperluan hubungan badan.

“Gunakan cinta dan kasih sayang untuk penuhi keperluan seks.”

Jadi, apa yang perlu kita lakukan kembali adalah :

“Gunakan seks untuk menyemarakkan semula api cinta dan kasih sayang.”

Terutama dalam hubungan suami isteri.

Tips dan panduan di sini lebih fokus kepada bagaimana cara untuk wanita memenuhi keperluan seksual tanpa sentuhan lelaki atau walau hanya dengan sentuhan minimum oleh lelaki.

Malah, anda akan dapat nikmat yang jauh lebih hebat berbanding yang pernah anda rasakan sebelum ini.

Ia sesuai untuk:

1. Wanita single (yang pernah berkahwin atau pernah menikmati hubungan badan) untuk memenuhi keperluan seksual walaupun tanpa pasangan.

Dan dalam pada masa sama boleh membantu wanita untuk untuk mengawal emosi diri dari pergi kepada sebarangan lelaki hanya semata untuk memenuhi keperluan biologi (emosi dan seksual).

  • Penuhi keperluan diri dan capai kepuasan optimum malah lebih tinggi walau tanpa pasangan.
  • Akan mempunyai kaedah/cara untuk jaga dan kawal diri daripada mendapatkan sebarangan lelaki.
  • Akan lebih berupaya untuk kalis/menilai pujuk rayu lelaki yang mana ini akan membantu anda untuk jaga diri.
  • Akan lebih mampu memberikan fokus menilai cinta dan kasih sayang sebenar berbanding pengaruh seksual yang mengabui penilaian.

2. Wanita berkahwin yang tidak puas dalam hubungan seksual bersama suami yang mana ia akan membantu memenuhi keperluan seksual yang tidak terpenuhi oleh pasangan.

Dalam masa sama, ia membantu mengeratkan hubungan suami isteri apabila keperluan seksual wanita berjaya dipenuhi dan diseimbangkan sendiri.

Bermaksud, tanpa suami yang memberi perhatian secukupnya atau dengan potensi suami yang sudah kurang berupaya pun si isteri akan capai kepuasan maksimum. Apatah lagi apabila suami memberikan layanan yang baik.

  • Penuhi keperluan diri dan capai kepuasan optimum malah lebih tinggi walau pasangan tidak beri layanan secukupnya.
  • Akan mempunyai kaedah/cara untuk jaga dan kawal diri dari mendapatkan lelaki lain selain suami.
  • Emosi dalam kehidupan suami isteri akan menjadi lebih tenang dan stabil, malah membantu untuk menyemarakkan lagi api cinta dan kasih sayang.
  • Akan semakin sayang dan perlu kepada suami. Dan ini akan memberi kesan berbalik di mana suami mula memberi perhatian cinta dan kasih sayang kepada anda.

Setiap individu adalah berbeza tetapi asas umumnya masih sama yang mana ia boleh digunapakai untuk semua orang.

3. Suami yang ingin capai nikmat kepuasan diri lebih tinggi dan menikmati kepuasan isteri secara keseluruhan.

Akan terfokus kepada isteri sendiri berbanding tercari-cari kepuasan di luar.

Malah, akan mula memberi layanan jauh lebih baik terhadap isteri (nada dan cara bercakap lebih lembut dan lentur, lebih memberi perhatian cinta dan kasih sayang, lebih bertoleransi dan yang layanan keseluruhan bertambah baik).

Ilmu, tips dan panduan ini sangat ‘rare’ dan ia adalah hasil penelitian dan praktikaliti selama bertahun-tahun oleh ramai wanita (pecahan kelompok komuniti di seluruh dunia yang mengamalkannya).

Melalui komuniti ini jugalah, kami mendapat maklumbalas (feedback) positif berkenaan yang akan turut dikongsikan kelak.

Berminat untuk tahu rahsia kepuasan seksual? Stay tune. 

Like, share dan komen.

Kuantiti dan Kualiti Dalam Hubungan Berpasangan