1. Mengemut atau Latihan Kegel

latihan kegel exercise

Lakukan latihan ‘mengemut’. Atau dalam bahasa lain ia juga dikenali sebagai kegel – latihan kegel.

Anda boleh google berkaitan kegel exercise untuk maklumat yang lebih banyak https://www.google.com/search?q=kegel+exercise

Di sini saya kongsi cara paling mudah yang boleh dilakukan hampir di mana sahaja, pada bila-bila masa.

Semasa anda sedang kencing, cuba tahan air kencing anda. Kemudian lepaskan.. dan kemudian tahan semula. Anda juga mungkin boleh terasa, otot anus juga seolah-olah dikuncupkan. Macam itulah mengemut.

Kemut selama 3 saat, kemudian lepaskan 3 saat.
Lakukan berulang-ulang kali.

Boleh juga naik kepada kemut 5 saat, kemudian lepaskan 2 saat dan ulang semula.

Variasi cara dan masa mengemut adalah bebas. Boleh ikut panduan lain juga. Tetapi yang di atas sudah memadai.

Ini boleh dilakukan pada waktu yang lain dalam apa juga keadaan. Semasa duduk, berbaring, menonton tv, semasa sedang menunggu seseorang dan sebagainya.

Dengan rutin ini, otot anda akan menjadi lebih kuat yang membolehkan anda dapat bertahan daripada pancut awal dengan lebih baik.

Bersambung – klik page 3 di bawah.