Intro

Multiple orgasm biasanya dikaitkan dengan wanita. Di mana wanita lebih mudah dan boleh mencapai orgasme berulang-ulang kali pada satu sesi sambil meneruskan permainan.

Untuk lelaki, orgasm biasanya dikaitkan dengan keluarnya air mani. Jadi, apabila dah keluar air mani, maka tercapailah orgasme dan puaslah si lelaki.

Artikel ini akan menyentuh tentang cara mendapatkan multiple orgasm bagi lelaki.

Ok, sebelum kita berbicara lebih lanjut. Benarkah dengan terpancutnya air mani maka seorang lelaki mencapai orgasme mereka dan sudah puas?

cara mendapatkan multiple orgasm bagi lelaki

Kerana jika anda benar-benar berjaya memahami rasa fizikal dan rasa dalam hati, anda mungkin boleh membezakan 3 perkara tersebut.

Begini :
1. Seorang lelaki boleh jadi sudah terpancut air mani, tetapi masih belum cukup puas dan nak main lagi.

Jadi, di sini anda mula memahami bahawa terpancut air mani tidak semestinya bermaksud puas.

2. Seorang lelaki boleh jadi belum memancutkan air maninya, tetapi sudah menikmati orgasme. Belum cukup puas, masih nak main lagi.

Jadi, di sini anda mula memahami orgasme dan terpancutnya air mani boleh jadi berbeza.

3. Seorang lelaki sudah merasa cukup dan puas walau tidak mencapai orgasme.

Kepuasan tidak juga semestinya dengan orgasme.

Kenali dan asingkan 3 perkara ini. Supaya si lelaki dapat memenuhi kehendak sendiri dengan baik samada sendirian atau berpasangan. Agar dengannya juga dapat mengawal diri lebih baik bila berhadapan dengan tekanan syahwat yang kuat.

Contohnya :

Jika sudah ada pasangan, dengan mengenali keperluan syahwat ini membolehkan si lelaki atau wanita dapat memenuhinya. Samada semuanya sekali atau satu daripadanya.

Kerana sebenarnya, salah satu perkara yang membuatkan lelaki tercari-cari, terpandang-pandang wanita (bagi lelaki single) atau wanita lain (bagi lelaki sudah berpasangan) adalah kerana keperluan syahwat ini tidak terpenuhi.

Bayangkan, seorang lelaki ini sudah terpancut air maninya yang membolehkan tekanan syahwatnya turun serta-merta. Tetapi sebenarnya masih merasa tidak puas.

Jika masih bujang atau single, tentu sekali rasa ingin menggauli wanita masih tinggi.

Tetapi jika yang sudah berpasangan dan boleh ‘pancut dalam’ setiap hari pun masih lagi mahu tercari-cari wanita lain pula bagaimana?

Sila faham juga bahawa lelaki umpama makanan untuk 4 orang. Atau makannya adalah 4 orang (fitrah dan umum).

Tidak semestinya lelaki perlu kahwin 4 kerana itu bergantung kepada jodoh dan situasi.

Tetapi yang nak dimaksudkan adalah, jika benar-benar mahu ‘makan sorang’, maka eloklah wanita mempunyai ilmu agar dapat cover kuota untuk 3 orang yang lain.

Atau jika si wanita memang tiada isu untuk bermadu, maka itu juga sebenarnya adalah jalan yang baik lagi halal.

Sebenarnya, majoriti lelaki sendiri tidak memahami kehendak kepuasan mereka sendiri. Kerana yang biasanya bermain dalam fikiran lelaki adalah main dan pancut, main dan pancut.

Tapi dalam tak sedar, mereka tak puas walaupun nampak macam puas. Tak cukup puas ini lah yang membawa kepada isu-isu yang lain dalam perhubungan.

Spesifik untuk topik multiple orgasme ini, ia adalah cara untuk seorang lelaki mendapatkan atau merasai orgasme beberapa kali semasa rangsangan sendirian atau juga semasa berhubungan kelamin dengan pasangan sebelum memancutkan air mani.

Berikut adalah cara mendapatkan multiple orgasm bagi lelaki :

  1. Kuatkan otot lantai pelvis (pelvic floor muscles) dengan latihan kegel.
  2. Kenal dan berlatih untuk rasa orgasme tanpa terpancut.

Bersambung – klik page 2 di bawah.